JURUKUR SULAIMAN
JURUKUR TANAH BERLESEN
Di bawah Akta 458, 1958 (
Semak 1991 )
PROFILE FIRMA
Latar Belakang
Bersesuaian dengan kemajuan pesat
yang sedang dialami oleh Negara, dalam menuju Wawasan 2020, JURUKUR
SULAIMAN (JUSA) merupakan sebuah firma Perunding Ukur
Tanah yang berdaya saing dan maju telah ditubuhkan pada 1hb. Ogos
1996, bagi sama-sama menangani serta menyokong pembangunan negara
khususnya di dalam pembangunan tanah ke arah Wawasan Negara.
Firma ini merupakan firma yang bertauliah
dan diperakukan oleh Lembaga Jurukur Tanah Semenanjung Malaysia, khususnya
untuk memberi perkhidmatan serta perundingan di dalam bidang Ukur Tanah.
JURUKUR SULAIMAN (JUSA) diurus
oleh Tuan Hj. Sulaiman bin Mohd dan En. Ahmad Ghazali bin Mohd Ayob AMN.,AMP
( mulai 1.12.1998 ) yang didaftarkan sebagai Jurukur Tanah Berlesen dengan
Lembaga Jurukur Tanah Semenanjung Malaysia di bawah Ordinan No: 11
Tahun 1958 pada 1hb. Ogos 1996. Ianya mempunyai
kakitangan sokongan yang terlatih serta berpengalaman luas dalam bidang
yang ditawarkan.
Dengan equiti 100% Bumiputera,
Firma ini memiliki imej koperat tersendiri serta merupakan salah satu firma
perunding Ukur Tanah yang berdaya maju di negara ini.
Bidang Perkhidmatan
* Ukur Kadastral
* Ukur Hakmilik Strata
* Fotogrametri Udara
* Ukur Kejuruteraan
* Ukur Hidrografi
* Ukur Perlombongan
* Ukur Topopgrafi
* Ukur Paip Line
* Ukur Laluan Talian Letrik, Telekom
* Ukur Global Positioning System ( GPS )
* Pelan dan Pemetaan Digital
* Geography Information system ( GIS )
* Land Information system ( LIS )
* Penawanan Data Lot - Lot Kadastra
( Cadastral Lot Data Capture Service
)
Firma ini juga memberi perkhidmatan
ukuran berkomputer dan pelotan digital sepertimana yang diperlukan oleh
pelanggan.
|