JURUKUR SULAIMAN 
JURUKUR TANAH BERLESEN
Di bawah Akta  458, 1958  ( Semak 1991 ) 
PROFILE  FIRMA
Latar Belakang
 Bersesuaian dengan kemajuan pesat yang sedang dialami oleh Negara, dalam menuju Wawasan 2020,  JURUKUR SULAIMAN  (JUSA)   merupakan sebuah firma Perunding Ukur Tanah yang berdaya saing dan maju telah ditubuhkan pada  1hb. Ogos  1996, bagi sama-sama menangani serta menyokong  pembangunan negara khususnya di dalam pembangunan tanah ke arah  Wawasan Negara.
 Firma ini merupakan firma yang bertauliah dan diperakukan oleh Lembaga Jurukur Tanah Semenanjung Malaysia, khususnya untuk memberi perkhidmatan serta perundingan di dalam bidang Ukur Tanah.
 JURUKUR SULAIMAN (JUSA)  diurus oleh Tuan Hj. Sulaiman bin Mohd dan En. Ahmad Ghazali bin Mohd Ayob AMN.,AMP ( mulai 1.12.1998 ) yang didaftarkan sebagai Jurukur Tanah Berlesen dengan Lembaga Jurukur Tanah Semenanjung Malaysia di bawah Ordinan No: 11  Tahun  1958  pada 1hb. Ogos  1996.  Ianya mempunyai kakitangan sokongan yang terlatih serta berpengalaman luas dalam bidang yang ditawarkan.
 Dengan equiti  100%  Bumiputera, Firma ini memiliki imej koperat tersendiri serta merupakan salah satu firma perunding Ukur Tanah yang berdaya maju di negara ini.
Bidang Perkhidmatan
 
* Ukur Kadastral  
* Ukur Hakmilik Strata  
* Fotogrametri Udara  
* Ukur Kejuruteraan  
* Ukur Hidrografi  
* Ukur Perlombongan  
* Ukur Topopgrafi  
* Ukur Paip Line  
* Ukur Laluan Talian Letrik, Telekom  
* Ukur Global Positioning System ( GPS )  
* Pelan dan Pemetaan Digital  
* Geography Information system ( GIS )  
* Land Information system ( LIS )  
* Penawanan Data Lot - Lot Kadastra   
 ( Cadastral Lot Data Capture Service )  
   Firma ini juga memberi perkhidmatan ukuran berkomputer dan pelotan digital sepertimana yang diperlukan oleh pelanggan.
 
 ||Profile||Objektif||Pengalaman||Back||